berita

Preity Zinta Guna Khidmat Ibu Tumpang Untuk Dapat Bayi Kembar, Peminat Cakap Macam Filem ‘Chori Chori Chupke Chupke’

November 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon Bollywood, Preity Zinta memberitahu kepada umum bahawa dia dan suami sudah menimang cahaya mata kembar bernama Jai dan Gia Zinta Goodenough. Wow tahniah! 

Guna proses ibu tumpang

Hai semua, saya nak berkongsi sayu berita yang sangat luar biasa hari ini. Saya dan suami sangat gembira dan perasaan kami berdua sangat bersyukur kerana bayi kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough telah selamat tiba di rumah. Kehadiran dua cahaya mata ini dalam keluarga merupakan fasa yang baru untuk kehidupan kami sebagai suami isteri. Terima kasih doktor, jururawat dan ibu tumpang yang sudi bersama kami sepanjang perjalanan yang cukup indah ini.

Menerusi perkongsian Preity di Instagram, dia dan suami menimang cahaya mata tersebut melalui proses ibu tumpangan yang mana merujuk kepada proses menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan kadar tentu.

Proses yang digunakan Preity dan suaminya ini telah mendapat respon netizen yang berpendapat ia amat sama dengan kisah di dalam filem yang dilakonkan Preity bersama Rani Mukherji dan Salman Khan iaitu ‘Chori Chori Chupke Chupke’.

 Tahniah buat kamu berdua

Buat pengetahuan korang, filem ‘Chori Chori Chupke Chupke’ ditayangkan pada tahun 2001 itu mengisahkan pasangan suami isteri, Raj (Salman Khan) dan Priya (Rani Mukherji) tidak mampu mempunyai anak kerana Priya menjadi mandul akibat keguguran. Oleh itu, mereka bersetuju untuk mencari seorang wanita iaitu (Preity Zinta) sebagai ibu tumpang.

Bagi yang mengikuti perkembangan Preity, pelakon jelita ini telah berkahwin dengan seorang lelaki ‘mat salleh’ yang dikenali sebagai Gene Goodenough pada bulan Februari tahun 2016. Pasangan ini dipercayai menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat sehingga ke hari ini.

Sumber: Preity Zinta

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×