
Pempengaruh media sosial, Prince Syed bertindak membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya diserang oleh beberapa individu terdekat dalam satu kejadian baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Perjelas Isteri Buat Bariatrik Bukan Sebab Nak Jual Ubat Kurus, Tapi Akibat ‘Body Shaming’ – ‘Fatin Malu Orang Cakap Dia Gemuk Pendek’
Buat laporan polis

Ketika dihubungi OhBulan!, Syed berkata, dia mengambil langkah membuat laporan polis bagi memastikan keselamatannya terjamin serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Saya buat laporan polis selepas saya diserang oleh orang terdekat. Saya ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas.
Tambah Syed, selepas membuat laporan, dia telah diarahkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan laporan kesihatan berikutan kecederaan yang dialaminya.
Selepas selesai buat laporan polis, saya diminta untuk ke hospital untuk dapatkan laporan kesihatan. Saya pergi ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Banyak bahagian yang saya cedera dan memang berdarah teruk.
Kalau ikutkan, selepas urusan di hospital, sepatutnya saya perlu pergi semula untuk rawatan susulan. Tapi sebab saya ada banyak urusan lain, saya utamakan dulu hal lain lagi penting daripada nak masuk hospital.
Kalau saya masuk hospital, semua urusan saya terganggu. Jadi, saya korbankan diri saya demi menyelesaikan hal penting dahulu.
Mengulas lanjut tentang kejadian tersebut, Syed mendakwa dia telah diserang secara fizikal menggunakan tangan dan helmet sehingga menyebabkan kecederaan pada beberapa bahagian tubuh.
Saya diserang dengan tangan, ditumbuk banyak kali dan yang paling teruk, saya dipukul berkali-kali dengan helmet. Hentakan itu kuat sampai beri kesan pada kepala bahagian kanan hingga ke bahu, sangat sakit dan bengkak.
Kepala saya pun banyak terkena serpihan kaca, sampai tercacak di kulit kepala. Bahagian tangan saya juga penuh dengan kesan darah, muka bahagian kanan bengkak teruk dan hidung cedera.








