
Isteri kepada usahawan kontroversi, Prince Syed, iaitu Fatin Syazwani Ishak menepis dakwaan mengalami masalah kesihatan susulan penampilannya yang dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Nafi Isteri Ada Masalah Kesihatan, Netizen Bimbang – ‘Muka, Mata Memang Nampak Macam Sakit’
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Kami & Keluarga Dah Semakin Baik’ – Prince Syed
Masalah kesihatan
Memetik Harian Metro, Fatin, 28, menjelaskan perubahan fizikal tersebut adalah hasil pembedahan bariatrik yang dijalaninya pada Oktober tahun lalu.
Fatin menegaskan dia tidak pernah mengalami apa-apa masalah berkaitan kesihatan dan meluahkan rasa syukur kerana berada dalam keadaan sihat.
Alhamdulillah saya sihat. Bersyukur yang pembedahan itu menjadi.
Sesetengah orang buat tak menjadi tapi alhamdulillah saya sihat dan tiada isu masalah kesihatan.
Mengulas lanjut, Fatin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terus mengecamnya serta membuat pelbagai spekulasi yang tidak berasas terhadap dirinya.
Katanya, dia selesa dengan berat badannya yang kini mencecah 38 kilogram.
Netizen-netizen sudahlah mengatakan saya tidak sihat. Saya baca komen yang diberi mereka, macam-macam komen yang saya terima.
Bila baca tu saya rasa nak tergelak pun ada.
Sudah-sudahlah buat spekulasi yang tidak betul.
Dalam perkembangan lain, Fatin juga berharap hubungan keluarganya bersama suaminya sentiasa berada dalam keadaan baik seperti sebelum ini.
Saya harap lepas ni tiada apa-apa lagi masalah. Harap masing-masing pun boleh berdamai macam sebelum ini.
Sumber: Harian Metro








