berita

Produk Kecantikan Kose Sahut Kempen “Save The Blue”

July 20th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya kempen “Save the Blue” oleh produk kecantikan Kose di perkarangan Mid Valley, Kuala Lumpur. Kempen telah dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan penyanyi terkenal Amy Mastura. Di mana, secara umumnya beliau juga merupakan duta bagi produk kecantikan dari Jepun ini dan ini merupakan tahun kedua beliau dilantik sebagai duta.

“Save the Blue” merupakan sebuah kempen inisiatif bagi produk Kose untuk memelihara alam sekitar menerusi pemeliharaan semula terumbu karang di dasar lautan. Pada dasarnya, kempen ini telah bermula menerusi pemeliharaan semula terumbu karang di Kepulauan Okinawa, Jepun dan kini ia telah dikembangkan di negara Malaysia.

Setiap pembelian barangan Kose untuk produk edisi terhad, sebahagiannya akan diserahkan kepada pihak Malaysia’s Coral Reefs untuk aktiviti kajian, pendidikan, dan juga usaha untuk memelihara semula terumbu karang di dasar lautan.

Menerusi program ini, antara pulau yang dipilih untuk menjayakan kempen ini adalah Pulau Redang dan Pulau Tioman. Ini kerana, kedua-dua pulau ini memiliki keistimewaan dan tarikannya sendiri untuk aktiviti perlancongan.