berita

Program Madani Afiat Beri Peluang KKM Turun Padang, Banyak Aktiviti Menarik Berkaitan Kesihatan

July 8th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Semua orang nak badan sihat dan terhindar daripada penyakit kan? Jadi, kenalah amalkan gaya hidup sihat setiap hari. Antaranya jaga pemakanan, bersenam, jaga kebersihan rumah dan persekitaran serta buat pemeriksaan kesihatan.

Korang boleh capai semua gaya hidup sihat ni melalui satu program yang diadakan pada bulan Julai ni. Program ini memberi peluang kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk turun padang bertemu rakyat. Menarik ni!

Jom meriahkan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 & Insiatif One Hour Malaysia Clean up!

Sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN yang disambut pada 15 Jun setiap tahun oleh semua negara Asean, program Madani Afiat juga diisi dengan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan Insiatif One Hour Malaysia Clean up yang diadakan pada 9 Julai 2023, bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.

Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 merupakan inisiatif KKM yang diadakan sebanyak dua kali setiap tahun. Korang yang kat Selangor tu boleh la buat aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Cuba ambil peluang untuk luangkan masa selama 10 minit setiap minggu di premis masing-masing bagi membendung penularan kes denggi. Ini semua untuk kebaikan korang juga. Ajak family sekali, baru meriah!

Nak pastikan tempat pembiakan Aedes dihapus secara konsisten, inisiatif One Hour Malaysia Clean Up pula dilancarkan. KKM menerusi Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah menetapkan keutamaan untuk MEMANTAPKAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN sebagai Teras ke-4 ANMS.

Program Madani Afiat untuk kesihatan orang ramai, Selangor jadi lokasi pertama!

Buat pengetahuan korang, pelancaran program Madani Afiat bagi peringkat kebangsaan akan diadakan pada 9 Julai 2023 di Dewan Rakyat Batu Caves. Ia dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea YB Dr Zaliha Mustafa. Paling menarik, Selangor terpilih menjadi lokasi pertama bagi program ni.

Ada aktiviti “Touch Point“, lawatan dari rumah ke rumah

Melalui program Madani Afiat, pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat dan pasukan perubatan akan buat aktiviti “Touch Point” berupa lawatan dari rumah ke rumah. Ada juga pameran dan aktiviti setempat oleh agensi-agensi yang terlibat bersama KKM.

Banyak program kesihatan dan inisiatif komuniti yang dijalankan oleh KKM kepada kumpulan sasar. Korang kena tahu pentingnya ujian saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit – Non Communicable Diseases (NCD).

Seramai 150 orang jururawat dari Kolej Kejururawatan Sungai Buloh akan bergerak dari rumah ke rumah untuk buat saringan kesihatan. Mereka akan buat pemeriksaan tekanan darah, hemo glucose test (HGT) dan kolestrol. Pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat juga diberikan.

Secara tak langsung, program Madani Afiat mengajar para jururawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.

“Bertepatan dengan nama “Afiat” yang bermaksud pulih dan sihat, saya berharap ianya akan mencapai matlamatnya seiring dengan reformasi kesihatan yang sedang dijalankan oleh KKM”

-YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan-

Pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI pun ada!

Paling best, pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI turut serta dalam usaha pencegahan dan kawalan denggi. Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang. Ramai betul!

“MyCHAMPION COMBI perlu diperkasa agar dapat berperanan sebagai community influencer dalam membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan denggi, terutama melibatkan penyertaan komuniti setempat seperti gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes”

-YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan-

Banyak lagi aktiviti menarik menanti pengunjung, jangan lupa datang!

Haa.. Jangan lupa datang ke Dewan Rakyat Batu Caves pada 9 Julai 2023 nanti sebab banyak aktiviti-aktiviti menarik sewaktu pelancaran Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan Insiatif One Hour Malaysia Clean up diadakan. Korang mesti teruja punya.

Nak tahu lebih lanjut tentang program Madani Afiat? Korang boleh klik SINI ya.

SKIP THIS AD ×