berita

Promosi Hebat Selama 72 Jam, Harga Tiket Penerbangan Malaysia Airlines Kini Murah Habis!

June 26th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Bagi korang yang suka pergi bercuti, isu jarak perjalanan selalunya jadi masalah pertama yang kerap buat korang runsing. Yelah, nak travel jauh-jauh dengan kereta bukan senang tau, jalan sesak, badan letih dan paling tak syok kalau terlambat check-in hotel.

Pendek kata, mood holiday yang tengah onz boleh hilang macam tu je dalam perjalanan disebabkan macam-macam masalah datang. Tapi korang jangan risau dulu, admin sebenarnya ada berita yang sangat baik untuk korang daripada Malaysia Airlines!

Semua tiket penerbangan domestik ada diskaun hebat

Malaysia Airlines sangat berbesar hati nak bagi korang travel tahun ni dengan harga tiket yang murah dan berbaloi. Admin rasa kalau korang nak balik kampung kerap pun tak ada masalah. Yang penting kena tempah tiket siap-siap time tengah promo ni.

Untuk pengetahuan korang, tiket penerbangan Malaysia Airlines ada diskaun 20% untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestik seluruh Malaysia bermula di Kuala Lumpur! Tawaran ini sah selama tempoh 72 jam saja tau bermula sekarang sehingga 27 Jun 2019.

*Promosi ini sah untuk tarikh penerbangan: sehingga 20 Januari 2020

Bercuti dalam negara lagi onz!

Memandangkan tiket penerbangan domestik Malaysia Airlines tengah promo sakan sekarang ni, inilah peluang keemasan untuk kita bercuti dalam negara! Kalau korang nak tunggu admin share semua tempat-tempat menarik di Malaysia, sepuluh artikel pun belum tentu habis tau.

Mana taknya, setiap negeri di Malaysia pun masing-masing ada banyak lokasi menarik yang sentiasa jadi tarikan pelancong. So, dekat bawah ini admin kongsikan dengan korang 5 lokasi cadangan yang korang boleh kunjungi.

1. Kundasang, Sabah

Bagi korang yang belum pernah sampai ke negeri Sabah, admin rasa ini masanya untuk korang rebut peluang beli tiket flight murah daripada Malaysia Airlines untuk bercuti di sana. Alang-alang dah sampai Sabah tu, salah satu lokasi wajib korang kena singgah ialah Kundasang. Sejuk weh!

2. Pantai Tusan, Miri, Sarawak

Kalau korang bercuti di Sarawak pula, jangan lupa ke Pantai Tusan di Miri untuk lihat fenomena menakjubkan iaitu blue tears atau air mata biru yang juga boleh didapati di Maldives dan di kepulauan Matsu, Taiwan.

Pemandangan magis ini antara yang menjadi tarikan pelancong sepanjang bulan September hingga Disember setiap tahun tau. Apa lagi guys, tempah tiket flight Malaysia Airlines sekarang!

3. Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi

Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) pulak merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air dan mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama membentuk sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain menghasilkan pemandang luar biasa. Air terjun unik ini terletak di tebing Gunung Mat Chinchang iaitu menghala ke Teluk Burau. Pastikan korang datang sini tau!

4. Muzium Hantu, Pulau Pinang

Ini muzium hantu ya bukan rumah hantu. Jadi, korang tak perlu risau kalau nak masuk muzium ini sebab tak ada karakter-karakter hantu mengerikan yang akan ganggu atau menakutkan korang pun. Muzium ini sebenarnya hanya mempamerkan patung-patung menyerupai beberapa karakter hantu yang selalu menjadi kepercayaan dalam beberapa kelompok masyarakat dunia.

5. Santuari Penyu Cherating, Kuantan

Kalau korang touch down di Kuantan, elok juga korang terus ke Santuari Penyu Cherating. Dekat sana nanti korang boleh tengok pelbagai spesis penyu seperti leatherback turtle, green turtle, hawksbill turtle dan olive ridley turtle. Paling best kalau dapat join aktiviti melepaskan anak-anak penyu ke laut dan program turtle watching pada waktu malam.

Tiket penerbangan ke Melbourne pun murah!

Dan ini pulak berita gembira untuk korang yang sedang merancang untuk travel jauh sikit. Bermula sekarang sehingga 28 Jun 2019 ini, Malaysia Airlines juga ada tawaran menarik untuk penerbangan ke Melbourne, Australia bersama A380.

Dengan hanya serendah RM1749 bagi kelas ekonomi dan RM5499 untuk kelas business, korang boleh nikmati penerbangan ke Melbourne bersama A380 untuk perjalanan dua hala tau. Seronok weh! Apa pun promosi ini hanya terhad untuk penerbangan MH149 dan MH148 sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Jom tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines sebelum terlambat. Kalau korang nak tahu lebih banyak promosi hebat dan kemaskini menarik daripada Malaysia Airlines, korang boleh layari laman sesawang Malaysia Airlines sekarang!

SKIP THIS AD ×