Baru saja habis penggambaran filem terbaharu awal pagi tadi, tidak menjadi penghalang untuk pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam sempena Hari Penamaan Calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak, pagi tadi.
Artikel Berkaitan: PRU15: Eizlan Yusof & Ahmad Idham Jadi Calon GTA
Perasaan campur baur
Menurut Eizlan yang merupakan Calon Parlimen Sabak Bernam mewakili GTA Parti Pejuang, berkata walaupun perlu melunaskan tanggung jawab sebagai pelakon, namun dia tidak boleh lepas tangan peristiwa hari ini (Penamaan Calon).
Kata Eizlan, 51, dia baru sahaja selesai penggambaran filem Kerambit kira-kira jam 6 pagi tadi.
Kebetulan babak semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.
Perasan saya hari ini bercampur baur, ada rasa berdebar namun masa sama teruja.
Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja. Saya melihat langkah pertama ini (Penamaan Calon) satu tanggungjawab buat saya untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi.
Harap diberi peluang
Dalam pada itu, pemilik nama Idris Md. Yusof berharap agar masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang untuk dia menjalankan tugas.
Eizlan yang tiba ke Pusat Penamaan Calon Sabak Bernam tepat jam 8.30 pagi, dilihat ceria diiringi isteri, Datin Sri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.
Kertas pencalonan penamaan calon bagi Pejuang di bawah Eizlan diterima pada jam 9.05 pagi.
Eizlan bakal merebut kerusi P.092 yang turut ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Kredit Foto: Syahsam Photography