berita

PRU15: Dira Minta BN Terima Hakikat Dah Kalah – ‘Jangan Hidup Dalam Sindrom Penafian’

November 24th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Datuk Dira Abu Zahar memuat naik satu kenyataan di Instagram Storynya dengan mengingatkan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menerima hakikat bahawasanya mereka telah kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU15).

Artikel Berkaitan: ‘Saya Percaya Pasti Ada Kebaikan Disebaliknya’ – Dira Abu Zahar 

Terima hakikat

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, Dira meminta untuk ahli-ahli BN/UMNO tidak hidup di dalam mimpi jika inginkan kebangkitan yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Lepas PRU14 kita sempat belajar kejap, tapi lepas itu lupa semula. Sekarang PRU15, kita kena lagi.

Terima hakikat kita kalah dan terima yang kita perlu berubah dalam banyak hal dan segala aspek.

Dira juga mengharapkan para ahli Barisan Nasional (BN) untuk berani menerima sebarang teguran.

Rentetan daripada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Khaidhirah Abu Zahar juga menyatakan untuk tidak hidup dalam sindrom penafian namun ambil kekalahan ini untuk teruskan berusaha untuk belajar dan menjadi yang lebih baik.

Sumber: Instagram @Diraabuzahar

SKIP THIS AD ×