berita

Pejuang Kalah Teruk PRU15, Tun Mahathir Mahu Fokus Tulis Tentang Sejarah

November 23rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut selepas 4 hari mendiamkan diri berikutan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Artiket Berkaitan: Najib Mungkin Dapat Pengampunan Lepas Masuk Penjara – Tun Mahathir

Artiket Berkaitan: Kalau Saya Sebut Nak Keluarkan Kedah Dari Malaysia, Saya Akan Kena Tangkap – Tun Mahathir

Luah kekecewaan

Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mesra disapa Tun M meluahkan rasa sedih dan kecewanya atas kegagalan gabungan itu. Meskipun berasa sedih dengan keputusan pilihan raya tersebut, namun beliau akur dan menerima pilihan rakyat dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, mantan Perdana Menteri ini turut berharap agar parti yang menang akan membangunkan kerajaan Malaysia.

Pejuang Tanahair yang mengganti Gerakan Tanah Air (GTA) kalah dalam PRU 15. Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi, saya terima pilihan rakyat. Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia.

Tambahnya lagi, kerana kekalahan Pejuang dalam semua 125 kawasan yang dipertandingkan, membuatkan mereka tidak menjadi pembangkang di Parlimen. Dalam pada itu, segala perancangan yang dirangka Pejuang untuk pembangunan negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong parti yang menang. Malah, beliau yang mewakili Pejuang mendoakan kerajaan baru yang memimpin Malaysia mampu memulihkan segala masalah negara.

Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugur. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang adalah melihat arah pemerintahan pihak yang menang. Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

Di samping itu, tokoh berusia 97 tahun ini menjelaskan dirinya akan memberi tumpu kepada bidang penulisan dan turut terbuka untuk ditemuduga penulis.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×