berita

PRU15: ‘Nak Pemimpin Jujur & Miliki Jiwa Rakyat’ – Amir Masdi

November 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menjadi platform bagi pengundi baharu terutama anak muda untuk memilih kerajaan yang kukuh dan stabil.

Artikel Berkaitan: PRU15: Ramai Pengundi 18 Tahun Tak Tahu Nama Dah Automatik Daftar, Semak Guna 3 Cara Ini

Artikel Berkaitan: PRU15: Ini 6 Calon Ahli Parlimen Yang Perlu Diberi Perhatian Menjelang Pilihan Raya

Tanggungjawab sebagai rakyat

Penyanyi Amir Masdi yang pertama kali akan keluar ‘buang’ undi mengakui berasa teruja selain merasakan dirinya sudah dewasa untuk menunaikan tanggungjawab pada 19 November ini.

Kata Amir, 26, dia akan merujuk dengan keluarga sebelum mengundi memandangkan kurang mengenali dengan calon-calon yang bertanding di kawasan Cheras.

Saya rasa macam dah dewasa sebab keluar mengundi. Itu kan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Saya akan mengundi di Cheras nanti.

Saya tidak mengenali sangat calon-calon yang bertanding di tempat saya. Tetapi saya akan minta nasihat daripada ibu bapa dan keluarga sebelum keluar mengundi.

Bukan untuk diri

Ditanya ciri-ciri wajib yang perlu ada sebagai pemimpin, pemilik nama Amir Syazwan Masdi menegaskan sikap kejujuran selain mendahulukan rakyat walau apa sahaja keadaan.

Bagi saya, seorang pemimpin kena ada sikap kejujuran, semangat kerakyatan dan semestinya untuk kebaikan negara bukan kepentingan diri sendiri.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya mengharapkan ada ‘tempat’ untuk anak-anak seni dalam mencorakkan semula pemerintahan negara.

Saya tak kisah pemimpin itu baru atau lama, kalau berpengalaman itu bonus. Pemimpin yang bagus adalah yang mengambil berat dengan rakyatnya dan ikhlas dalam memimpin.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November dan hari pengundian awal pada 15 November ini.

Sumber: Instagram @amir.masdi

SKIP THIS AD ×