berita

PRU15: ‘Penghormatan Terbesar Dalam Hidup Saya Berkhidmat Sebagai Menteri Kesihatan’ – Khairy Jamaluddin

November 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Berita kekalahan Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, membuatkan orang ramai sedih kerana hilang sebutir pemimpin yang berwibawa.

Artikel Berkaitan: PRU15: Fazura Pakai ‘Simple’ Tetap Lawa, Peminat Puji Mesra Layan Pengundi Pekan

Selamat berkhidmat

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy, menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.

Kata Khairy, 46, dia telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat undian daripada pengundi Sungai Buloh namun nasib tidak menyebelahi.

Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada Datuk R. Ramanan. Selamat berkhidmat.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan khidmatnya sebagai Menteri Kesihatan adalah satu penghormatan tertinggi.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda semasa pandemik.

Terdahulu, Ramanan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,693 undi berbanding Khairy Jamaluddin.

Sumber: Twitter @Khairykj

SKIP THIS AD ×