berita

PRU15: Fazura Pakai ‘Simple’ Tetap Lawa, Peminat Puji Mesra Layan Pengundi Pekan

November 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tanggal 19 November merupakan hari yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PRU15: Hairul Azreen & Hanis Zalikha Keluar Mengundi, Tunjuk Bukti Jari Dicelup Dakwat

Cepat proses mengundi

Pelakon dan usahawan tersohor, Nur Fazura, tidak terlepas berkongsi momen selepas selesai membuang undi di Pekan, Pahang. Menurut kapsyen yang ditulis di Instagram (IG), Fazura, 39, bersyukur proses mengundi berjalan dengan lancar.

Biarpun begitu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin rasa bersalah kerana tidak sengaja terlanggar dinding penghadang kotak ruang mengundi.

Alhamdulillah, cepat saja proses mengundi tadi, walaupun sampai nak terjatuh dinding penghadang kotak ruang mengundi tu tadi Faz terlanggar haha.. Sorry buat semua pegawai di sana tadi.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin, dia bangga dengan semangat orang ramai yang telah keluar ‘buang’ undi dan harapnya ada berita baik untuk negara tercinta.

Pakai simple pun lawa

 

Sementara itu, penampilan ‘simple’ pelakon drama Hero Seorang Cinderella mendapat pujian daripada peminat setia. Fazura memilih untuk menggayakan kemeja merah, berseluar jeans serta tudung keluarannya.

Selain Fazura, antara barisan selebriti lain yang keluar mengundi adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nelydia Senrose, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Neelofa, Alif Satar, Rozita Che Wan, Uyaina Arshad, Nabila Razali, Ben Amir, Nabil Ahmad, Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Sumber: Instagram @missfazura

SKIP THIS AD ×