berita

PRU15: ‘Saya Dah Cuba Yang Terbaik, Tapi Tak Cukup Bagus’ – Netizen Mahu Khairy Jamaluddin ‘Come Back Stronger!’

November 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa nama besar dalam bidang politik dilihat tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin antara ahli politik yang disebut-sebut selepas tewas di Parlimen Sungai Buloh di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan dengan majoriti undi 2,693.

Artikel berkaitan: PRU15: ‘Penghormatan Terbesar Dalam Hidup Saya Berkhidmat Sebagai Menteri Kesihatan’ – Khairy Jamaluddin

Di Instagram, Khairy berkongsi kisah perjalanannya sebagai ahli politik dalam pilihan raya kali ini.

Saya dah cuba yang terbaik

Menurut Khairy, walaupun pilihan raya adalah asas satu kerajaan berdemokrasi, ia juga adalah satu pengukur yang menentukan sama ada seseorang ahli politik itu dianggap bagus atau sebaliknya. Tambah Khairy, kekalahan kali ini tidak bermakna ia adalah penamat segalanya tetapi beliau akan mengambil kira apa yang dilaluinya sepanjang pilihan raya ini sebelum merangka langkah yang seterusnya.

Saya rasa saya dah cuba yang terbaik. Tapi ia tak cukup. Kalah tetap kalah tak kiralah tipis atau sebaliknya dan tak kisahlah walaupun berapa ramai orang yang kecewa dengan kekalahan anda.

Berbicara lebih lanjut, Khairy mengakui bahawa beliau sebenarnya penat dan tidak mempunyai masa untuk berehat sepenuhnya sejak menjawat jawatan Menteri Kesihatan Malaysia selama dua tahun melawan wabak COVID-19.

Ia merupakan dua tahun yang sukar untuk saya cuba mengawal wabak COVID-19 daripada merebak di negara ini. Pun begitu, ia satu penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan saya bersyukur keadaan Malaysia adalah lebih baik daripada beberapa negara lain.

Di akhir posting, Khairy sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang berjaya memenangi kerusi di Parlimen dan berharap mereka semua akan memimpin dengan baik.

Come back stronger!

Di ruangan komen, rata-rata selebriti tanah air dan netizen berharap Khairy tidak berputus asa selepas ini. Mereka turut berterima kasih kepada Khairy kerana telah melakukan yang terbaik ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Sumber: Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×