berita

PRU15: Wani Kayrie Harap Bakal Pemerintah Berlaku Adil – ‘Layan Semua Sama Rata’

November 16th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi, Wani Kayrie, beranggapan penglibatan penggiat seni di dalam dunia politik bukanlah satu kesalahan seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak

Artikel Berkaitan: Berjaga Macam Burung Hantu Sampai Pagi, Wani Kayrie Puas Hati Tengok Result Sendiri – ‘Tidak Mudah Belajar Sambil Bekerja’

Perlu seimbang karier dan berpolitik

Ketika ditemui Ohbulan!, Wani menyatakan bahawa penglibatan penggiat seni di dalam bidang politik ini bukanlah sesuatu yang menjadi masalah jika mereka tahu batasnya. Tambah Wani, anak seni harus bijak dalam memberi komitmen dalam karier dan dunia politik kerana itu adalah sesuatu perkara yang berbeza.

Tiada masalah untuk artis libatkan diri dalam politik. Kena tahu seimbangkan kedua-duanya.

Pada saya, kalau betul-betul nak jadi penyanyi, baik fokuskan pada nyanyian sebab Wani sendiri rasa kalau ingin ke bidang politik, saya perlu sekurang-kurangnya mengorbankan salah satu daripada kerjaya saya.

Wani Kayrie berkata demikian pada sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Nero Event Space, PJPAC, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Harap pemerintah adil

Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu mengharapkan pemerintah baharu akan bertindak lebih adil dan tidak tertumpu hanya kepada satu bidang sahaja.

Saya harapkan pemerintah baharu nanti akan melayan semua sama rata, tak kisah dari segi bidang nyanyian ke, bidang pelajaran atau sukan. Semuanya haruslah naik sama-sama naik.

Tambahnya, kerajaan baharu sewajarnya memberikan peluang kepada mereka yang baru dalam industri untuk menonjolkan diri dengan bantuan yang secukupnya.

SKIP THIS AD ×