Pereka fesyen tempatan, Azzim Aziz tampil memuji sikap profesional dan keperibadian penyanyi terkenal, Wani Kayrie sepanjang proses menyiapkan busananya bagi beberapa majlis istimewa.

Artikel Berkaitan: ‘Hantaran Itu Tak Ditujukan Kepada Sesiapa, Saya Sendiri Yang Rasa Kurang Berjaya’ – Wani Kayrie

Artikel Berkaitan: Perjuangan 16 Tahun Berbaloi, Wani Kayrie Sebak ‘Cak Cak Cekuk’ Ke Pentas AJL40 – ‘Terima Kasih Semua Viralkan Lagu Ini’

Mudah bekerjasama

Menerusi perkongsian di Threads, Azzim menyifatkan penyanyi lagu Cak Cak Cekuk itu sebagai seorang yang tidak berkira dan sentiasa memberikan kerjasama baik sepanjang proses penghasilan busana.

Selain itu, Wani turut disifatkan sebagai seorang yang menghargai setiap usaha dan penat lelah individu yang terlibat dalam menyiapkan busana buatnya.

Kadang-kadang perkata yang positif kena kongsi untuk dijadikan ikuran.

Wani Kayrie artis muda berbakat yang perlu disokong. Sokonglah Wani untuk Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40).

Dah banyak kali saya buat baju dia. Wani sangat baik, tak berkira, kenal erti penat lelah seorang tukang jahit seperti kami.

Wani langsung tak sombong, tak cerewet dan berbudi bahasa dengan orang sekeliling.

Dalam pada itu, Azzim menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan Wani kepadanya untuk berkarya di pentas besar menerusi penghasilan busana buat penyanyi berusia 26 tahun itu.

Saya sebenarnya gembira dapat berkarya di atas pentas yang besar. Terima kasih Wani.

Sumber: Threads @azzimaziz