Tindakan selebriti media sosial iaitu Aisar Khaleed mengIslamkan seorang individu berbangsa India mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk komen yang negatif.
Artikel Berkaitan: Islamkan Seorang Individu, Tindakan Aisar Khaleed Undang Pelbagai Reaksi Netizen – ‘Saya Tak Pernah Paksa Dia’
Usaha patut diberi pujian
Namun lain pula respon daripada pendakwah selebriti, PU Amin. Bangga dengan Aisar, Amin menyatakan usaha anak muda itu harus diberi pujian.
Menurut Amin, kandungan sedemikian harus diperbanyakkan di media sosial agar menjadi contoh kepada orang ramai untuk mengajak lebih ramai lagi mendekati agama Islam.
Kawan bukan Islam tanya
Dalam pada itu, Amin mendedahkan dia menerima pertanyaan daripada kenalan yang bukan Islam tentang kesahihan syurga dan neraka.
Ulasnya lagi, soalan yang diajukan itu perlu dijawab dengan jawapan yang berlandaskan ilmu agama oleh sebab itu penting sokongan daripada pihak berkuasa agama.
Kawan bukan Islam saya tanya, dia tengok video dan tertanya-tanya, dia kata orang yang ucap syahadah masuk syurga, nama dan tulis dalam syurga. Habis kami yang bukan atau belum Islam lagi ini masuk neraka ke?
Soalan perlu dijawab dengan ilmu yang baik. Agar agama tak jadi bahan. Sebab itu penting kita nak Islamkan orang di jalanan dengan nasihat dan panduan dari pihak berkuasa agama.
Disiplin ini cukup rumit. Namun, Insya-Allah ia satu pengajaran dan pedoman untuk kita buat akan datang.
Sumber: Instagram @pencetusummah_amin