Selebriti media sosial iaitu Aisar Khaleed sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas tindakannya memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang mengislamkan seorang individu berbangsa India.
‘Saya tidak pernah memaksa dia’
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, Aisar Khaleed mendedahkan dia terjumpa seorang lelaki berbangsa India yang mengaku sering dihimpit dengan pelbagai masalah sehingga membuatkan dirinya berasa sedih. Aisar Khaleed juga mengambil kesempatan menceritakan keindahan Islam lalu mengajar lelaki berkenaan mengucap dua kalimah syahadah untuk memeluk Islam.
MasyaAllah Allah SWT menjentik hatinya untuk menerima agama Islam. MasyaAllah sungguh nikmat kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya pahala mengislamkan seoran sama dengan pahala 100 orang yang mati syahid MasyaAllah.
Jelas Aisar lagi, dia sama sekali tidak memaksa lelaki tersebut untuk memeluk agama Islam. Aisar memaklumkan akan membawa dan membimbing saudara baharunya itu.
Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing InsyaAllah.
Perkongsian video tersebut walau bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara mereka memuji selebriti media sosial ini melakukan dakwah hingga berjaya mengislamkan seseorang namun ada juga yang mendakwa cara yang dilakukannya tidak bersesuaian.
Video penuh
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Aisar Khaleed