Pendakwah selebriti, PU Amin meluahkan kebimbangan terhadap penularan kandungan berunsur paranormal yang disifatkan mampu memberi kesan negatif terhadap pemikiran masyarakat serta mencemarkan kesucian ajaran Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Amin Ulas Isu Kelas Agama Harga Mahal – ‘Ini Bukan Menjual Agama, Tetapi Kualiti Penyampaian’

Henti konten syirik

Menerusi hantaran di Threads, Amin atau nama penuhnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35, berkata, aktiviti seperti pemburuan hantu tidak wajar dijadikan hiburan.

Jelas Amin, apatah lagi apabila melibatkan penggunaan ayat-ayat ruqyah yang disalahertikan fungsinya.

Sampai bila Malaysia perlu dan boleh terima kandungan paranormal cari hantu ini.

Sama ada untuk lawak atau serius, benda ini tak boleh wujud, merosak akal dan mencalar maruah agama.

Konsep ruqyah bukan untuk halau hantu tapi amalan nak dekatkan diri dengan Allah.

Dalam pada itu, Amin turut menggesa agar kandungan berunsur syirik dihentikan serta-merta, selain menegaskan bahawa peranan ustaz dan agama tidak seharusnya diperalatkan demi meraih tontonan atau populariti.

Berhentilah kandungan syirik cari hantu. Ustaz, agama dan ruqyah bukan gajet dan alat untuk halau hantu.

Pemikiran sesat macam ini kena betulkan segera. Buat program hantu tak perlu sediakan ustaz.

Ustaz bukan mainan dan kuli halau hantu, ruqyah bukan jampi serapah. Yang kena hentikan adalah kandungan cari hantu yang syirik ini.

Teguran tegas itu dipercayai dibuat susulan penganjuran satu aktiviti paranormal yang diterajui seorang pengacara sensasi selepas didakwa berlaku insiden kerasukan melibatkan suami kepada seorang usahawan, baru-baru ini.

Sumber: Threads