Pendakwah dan pelakon terkenal, PU Riz tampil menegur segelintir individu yang menggunakan media sosial secara berlebihan untuk berkongsi perkara yang tidak sepatutnya.

Artikel Berkaitan: Neelofa Buka Kelas Ilmu Di Pejabat, Syukur Haris Beri Sokongan Penuh – ‘Terima Kasih Sebab Tak Jemu Bebel’

Artikel Berkaitan: PU Riz Titip Ucapan Istimewa Untuk Abang – ‘Adik Panjatkan Doa Allah Lahirkan Mawaddah & Rahmah Dalam Rumah Tangga Kalian’

‘Ada baiknya tutup sahaja’

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, pemilik nama Haris Ismail menitipkan nasihat khusus buat mereka yang mempunyai pengaruh di media sosial agar berhati-hati dengan hantaran yang dimuat naik dan tidak terlalu berkongsi hal peribadi kepada umum.

Kepada yang punyai sedikit ‘pengaruh’ di sosial media, yang tak tutup aurat, yang jenis nak cerita semua kebaikan,
yang menunjukkan hal-hal rumah tangga baik mahupun buruk, ada baiknya tutup sahaja.

Suami kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa ini turut berkongsi tentang hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru umatnya agar tidak melakukn dosa secara terbuka.

Apabila kita lihat dari sudut Pendalilan, apa sahaja yang dbuat terbuka ini yang dihebohkan ini lebih dimarah tuhan berbanding yang tutup.

Kata Nabi SAW: Seluruh umatku akan diampuni, kecuali orang-orang yang terang-terangan melakukan dosa (secara terbuka)

Tutup, tutup. Semoga Allah ampunkan kita semua.

Terdahulu, beberapa figura media sosial mencetus kontroversi apabila bertindak membuka aib pasangan dan melafazkan cerai secara terbuka, termasuk ketika siaran langsung.

Sumber: Instagram PU Riz