berita

PU Syed Bimbang Akidah Iqram Dinzly Terpesong Jauh, Nasihat Dapatkan Rawatan

June 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Nama pelakon Iqram Dinzly sebelum ini sering menjadi sebutan ramai dengan tingkah lakunya yang dianggap aneh. Terbaharu, pelakon lelaki ini sekali lagi buat hal di aplikasi TikTok Live bersama seorang remaja dengan mengenakan solekan yang mengerunkan pada wajahnya.

Artikel berkaitan: Iqram Dinzly Buat Hal Lagi…

Artikel berkaitan: ‘Aku Haramkan Berjumpa Roh Aku..’ – Bengang Diisytihar Muflis, Iqram Dinzly ‘Naik Hantu’

Difahamkan, remaja berkenaan cuba untuk mengingatkan Iqram tentang Tuhan, namun, pelakon lelaki itu bercakap kenyataan yang boleh mempesongkan akidahnya. Klip tersebut bagaimanapun telah mendapat respon dan teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed.

‘Jadi sembahlah aku’

Difahamkan dalam klip pendek video tersebut menyaksikan seorang remaja memperingatkan Iqram Dinzly mengenai kepercayaan terhadap Pencipta sebagai penganut agama Islam. Namun, setiap peringatan tersebut hanya direspon oleh Iqram dengan ayat “Sembahlah aku. Jadi sembahlah aku…”. Malah, aksi dan mimik muka Iqram ketika itu juga kelihatan menakutkan.

Kadang memang ada yang rasa tak percaya sebab Allah itu tak nampak. Tapi kita sebagai umat Islam kita perlu yakin Allah itu wujud.

‘Dia perlukan rawatan’

Sementara itu, PU Syed menerusi posting di Instagramnya memperingatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu buat Live. Ini kerana bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari interaksi sedemikian.

Tambahan pula, pada pandangan PU Syed, pelakon lelaki itu perlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana khuatir akan tersimpang lebih jauh.

Saya ada tengok video antara seorang anak muda dan bekas pelakon Iqram Dinzly yang menyebut mengenai akidah iaitu aku Tuhan dan sebagainya. Saya nak sarankan kepada anak-anak muda tak perlu layan video-video seumpama itu sekiranya dia buat live.

Sebab kita tahu dia tak sihat dan perlu rawatan. Dia perlu rawatan dari sudut rohaniah dan akidah. Jangan layan dia, bila kita layan orang macam ni, akan menjadi-jadi perbuatan dia itu. Memang tak dapat manfaat apa-apa.

Sumber: PU Syed

SKIP THIS AD ×