Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di laman Instagram memuat naik video ditujukan khas untuk seorang usahawan kosmetik yang didakwa sudah keterlaluan. Usahawan kosmetik itu bersama beberapa rakannya telah buat Instagram Live di platform mereka dan didakwa membincangkan topik-topik yang tidak bersesuaian dengan lapisan masyarakat, selain ada aksi yang dilihat keterlaluan.
PU Syed menegur usahawan tersebut dan menyeru agar pihak berkuasa tertentu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Membincangkan sesuatu yang jijik
Menurut PU Syed, dia terkilan dan kecewa dengan tindakan yang dianggap keterlaluan terhadap topik dibincangkan oleh usahawan kosmetik tersebut. Lebih membimbangkan lagi apabila perbincangan tersebut dilakukan secara umum di IG Live. PU Syed turut khuatir apabila terdapat kanak-kanak di bawah umur yang menonton content tersebut.
Saya nak kupas isu mengenai S***** I**** dan kawan-kawannya. Minta maaf apabila sebut nama ini kita sudah kenal dia agak lantang dan mempertahankan apa yang dilakukan. Isu secara live mendedahkan sesuatu yang tak perlu didedahkan. Membincangkan sesuatu yang sangat jijik untuk dibincangkan.
Saya seru kepada kerajaan yang memerintah, mereka mendedahkan segala-galanya dan beranggapan mereka berada di pihak yang benar. Ketika mana kita tegur, mereka beranggapan mereka teraniaya dan mereka perlukan sokongan.
Menghina diri dan maruah agama
View this post on Instagram
Sementara itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan. Tambahnya, ini bukan kali pertama memberi teguran kepada mereka. Malah, sudah berkali-kali menegur mereka secara lembut tetapi kurang berhasil juga.
Yang paling pening sekali ada orang yang menyokong mereka ini. Menyokong produk, membeli produk mereka, mengatakan kita doakanlah buat mereka. Mereka mengatakan kita hendak menumpang populariti mereka. Siapa yang mengangkat populariti mereka? iaitu netizen sendiri. Wahai netizen, kamu perlu kenal siapa yang kamu angkat untuk meletakkan mereka ditempat yang tinggi. Sebab takut dia jatuh dan bawa contoh buruk kepada masyarakat.
Kalau rosak akidah, rosak akhlak adalah suatu yang sukar untuk kita berpatah balik dan baiki. Maka, kalian yang mempunyai kuasa dalam undang-undang negara yang mempunyai kuasa, agama kita perlu hentikan perkara ini dan tak boleh bagi kompromi lagi. Selamatkan umat Islam di Malaysia, selamatkan nama-nama yang hamba nyatakan tadi. Hamba mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada golongan yang sesat ini.
Sumber: PU Syed