Pendakwah bebas, PU Syed menegur segelintir individu yang didakwa sengaja mendedahkan aib mereka dengan mengikuti trend ‘S-Line’.

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Syafie Naswip Bawa Karakter Perempuan, Harap Cari Watak Lain – ‘Walaupun Lakonan Tetap Haram & Berdosa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Azwan Ali Berpakaian Seperti Wanita – ‘Buatlah Perkara Yang Bermanfaat, Berubah & Jadi Lelaki Semula’

Trend aib

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menzahirkan kerisauannya terhadap individu yang terjebak dengan trend berkenaan kerana membuka aib sendiri secara terang-terangan.

Sekarang telah wujud trend dedah aib sendiri dalam kalangan anak muda di Malaysia dalam media sosial apabila mereka terpengaruh dengan satu drama Korea yang adaptasi di Webtoon yang bertajuk S-Line. 

Dalam cerita itu, ada seorang pelajar sekolah menengah boleh nampak “garis merah” di atas kepala orang lain.

Di mana, garisan itu dikatakan sebagai simbol hubungan seksual seseorang. Lagi banyak garisan, lagi “berpengalaman” kononnya orang itu.

Maka adalah anak-anak muda di Malaysia meletakkan garisan-garisan di atas gambar mereka, seolah-olah berbangga dengan perbuatan mereka atau bangga dengan meniru sesuatu yang mengaibkan itu sehingga diketahui oleh orang lain “dosa” yang pernah mereka lakukan.

Menurut PU Syed, perbuatan tersebut ditegah dalam Islam dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang dungu.

Aib adalah sesuatu perbuatan yang kita tidak mahu perbuatan itu diketahui oleh orang lain. 

Apatah lagi Islam melarang umatnya untuk cuba mencari-cari aib orang lain lalu dihebahkan kepada public, lebih-lebih lagi jika kita sendiri mendedahkan aib diri yang boleh menjatuhkan maruah sendiri dan keluarga bahkan agama.

Trend ‘S-Line’ ini bukanlah satu trend yang boleh dibanggakan kononnya bertindak jujur atau sekadar gurauan, bahkan ianya adalah satu kebodohan yang dipilih.

Tutup aib

Dalam masa yang sama, PU Syed menasihati individu-individu yang terlibat dengan dosa zina agar segera bertaubat kepada Allah SWT.

Baginda Nabi pernah berpesan mafhumnya:

‘Jika kamu tidak malu, lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan.’

Allah telah tutup aib kita, kenapa pula kita sendiri mendedahkannya, Jika ianya benar berlaku maka segeralah bertaubat kepada Allah kerana pengakuan seseorang boleh disabitkan dengan hukuman zina jika dilaksanakan hukum Allah.

Iaitu sebat 100 kali bagi penzina yang belum berkahwin atau rejam sehingga mati bagi yang telah berkahwin.

Macam-macam trend buruk dijadikan ikutan, ini sangat membimbangkan. Semoga Allah selamatkan kita dan keturunan kita dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi syarak.

Sumber: IG PU Syed