Tindakan penyanyi rap Caprice mendedahkan perbualan remaja lelaki dengan seorang individu didakwa pendakwah selebriti PU Azman yang terbabit atas pertuduhan amang seksual mendapat sokongan ramai.
Namun, lain pula dengan Pencetus Ummah (PU) Syed yang kurang senang melihat Caprice aktif melakukan siasatan sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Nak Ajak VC, Tapi Kita Dua Je’ – Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Dedah Bukti, Kongsi Video?
Apa kaitan kes jenayah dengan petik bini?
Bengang perihal isteri terkait sekali, usahawan berumur 34 tahun itu memberi tempoh selama 24 jam untuk PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Ariz Ramli, turut mendedahkan kiriman WhatsApp yang dihantar kepada PU Syed.
Urus aurat isteri dahulu
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram (IG), PU Syed tampil mengulas selepas ada dakwaan yang mengatakan dia ‘pilih bulu’ kerana mendiamkan diri.
Kata PU Syed, 40, dia memilih untuk tidak lantang bersuara kerana isu panas itu dalam siasatan pihak polis.
Selain itu, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak meminta Caprice untuk menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum campur tangan perkara lain.
Pada Rabu lalu, PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.
Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mengikut pertuduhan, Azman didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas mangsa yang berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas sebuah rumah di Nilai, pada pada pukul 3 hingga 5 pagi, 6 Julai lalu.
Azman turut berdepan dua pertuduhan lain melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa lain yang berusia 16 tahun 10 bulan di dalam sebuah bilik pada pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari lalu serta di ruang tamu rumah sama pada pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.
Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, Azman didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sumber: Instagram @capricedaddycap