Pencetus Ummah (PU), Syed tidak asing lagi apabila memilih menyebarkan dakwahnya melalui media sosial sama ada di Instagram (IG) mahupun di TikTok.

Artikel Berkaitan: PU Syed ‘Petik’ Aurat Isteri, Caprice Berang Bagi 24 Jam Untuk Minta Maaf

Artikel Berkaitan: ‘Perbuatan Dosa Itu Diraikan & Disorak-Sorak’ – PU Syed Tegur Aksi Wanita Dipeluk Afgan

Artikel Berkaitan: Bergurau Soal Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad – ‘Panas Seterika Baju Pun Dah Melompat Kesakitan’

Konsert mengarut…

Menerusi hantarannya di Instagram, konsert yang bakal dianjurkan itu dianggap tidak masuk akal olehnya. PU Syed menyeru semua umat Islam agar sama-sama berusaha membantah dan menentang sepenuhnya konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah maksiat yang berleluasa yang berlaku sekarang…

Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!

Katanya, dia telah berusaha membantah segala jenis konsert sebegini sejak Oktober 2022. Tidak mengira kerajaan apa yang memerintah atau pihak mana yang mentadbir, pendakwah bebas itu akan meneruskan usahanya dalam membangkang anjuran yang dianggap mengarut padanya.

https://www.tiktok.com/@pu_syedofficial/video/7192363642585697563

Sokongan daripada netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju untuk membantah konsert Blackpink tersebut demi menjaga maruah dan adat timur yang dibawa pada anak bangsa.

Sumber: Instagram @pusyed_official & TikTok @pu_syedofficial