Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menegur secara terbuka penyanyi muda, 44 Airel berikutan pelancaran muzik video lagu terbaharunya berjudul ‘Sempurna’ yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Artikel Berkaitan: PU Syed Selar Lelaki Indonesia Jadikan Neraka Bahan Konten

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] ‘Hukum Tindik Hidung Adalah Haram, Walaupun Suami & Mak Ayah Reda’ – PU Syed Tegur Sharifah Aleya

‘Lagu dan video klip paling sampah’

Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, menyifatkan muzik video tersebut sebagai keterlaluan dan tidak wajar ditayangkan kepada umum, apatah lagi di platform terbuka seperti YouTube.

Lagu dan video klip paling sampah dari seorang penyanyi muda.

Nak naikkan nama dan pengaruh dengan lagu-lagu dan video klip mengarut ini takkan ke mana dik! Kenapa kalian perlu buat adegan separuh lucah seperti dalam video klip itu. 

Menurut PU Syed, terdapat unsur tidak senonoh dalam muzik video tersebut yang dianggap bertentangan dengan nilai dan adab dalam Islam, terutamanya apabila ia membabitkan individu Muslim yang seharusnya lebih peka terhadap batas halal dan haram.

Nak gambarkan isu semasa tak perlu kita menonjolkan segenap sisi tak senonoh tu dalam lakonan.

Dia juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas terhadap kandungan video seperti ini yang menurutnya perlu ditapis sebelum disiarkan secara umum.

Saya sangat berharap pihak berkuasa yang terbabit dalam penguatkuasaan terhadap mana video klip untuk ditayang dalam media sosial seperti Youtube yang datangnya dari dalam negara kita khas oleh rakyat Malaysia agar perlu ditapis sebelum dibenarkan untuk disiarkan.

Mohon sangat pihak berwajib ambil tindakan terhadap video klip ini sebagai pedoman kepada mana-mana artis BBNU ni agar reti adab dan tatasusila khasnya jika kalian adalah orang islam yang ada halal dan haram dalam agama.

Paling kurang minta mereka ubah kepada video klip yang lebih beradab dan patuh syariah! Matlmat tak menghalalkan cara.

Tambah PU Syed, sekiranya benar ingin menyampaikan mesej atau gambaran isu semasa, ia seharusnya dilakukan dengan penuh beradab dan patuh kepada garis panduan syariah.

44 Airel terima teguran

Sementara itu, penyanyi 44 Airel akhirnya bersuara susulan pelbagai reaksi yang diterima terhadap muzik video lagu terbaharuny itu.

Saya terima dengan hati terbuka. Cuma saya nak jelaskan, video ini hanyalah sebuah karya lakonan. la tak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. 

Dia menjelaskan bahawa muzik video tersebut hanyalah sebuah karya lakonan yang bertujuan menggambarkan realiti dalam masyarakat hari ini, dan tidak merujuk kepada mana-mana individu secara khusus.

Tambah penyanyi itu lagi, mesej yang dibawakan dalam video muzik tersebut bukanlah bersifat provokatif, sebaliknya bersifat artistik dan bertujuan membuka mata terhadap isu yang wujud di sekeliling kita.

Dalam pada itu, 44 Airel turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pandangan sama ada sokongan mahupun kritikan yang membina.

Kita semua masih dalam proses. Terima kasih kerana masih bersama saya.

Sumber: Instagram PU Syed, Youtube