Gambar sekadar hiasan
Tular di Twitter, seorang wanita menerusi ciapan mendedahkan sikap teman lelakinya yang sanggup mengatakan dirinya mandul kerana mahu lepas tangan selepas wanita itu disahkan mengandung.
Artikel Berkaitan: Isteri Tertipu Dengan Alasan ‘Temankan Officemate’, Suami Kantoi ‘Sedap’ Dengan Perempuan Bangs*t
Artikel Berkaitan: #AJL37: Nampak Macam ‘Baby Bump’, Netizen Syak Wany Hasrita Hamil?
Yakin 100% mandul
Tangkap layar perbualan mereka menerusi WhatsApp yang dikongsikan oleh wanita berkenaan menunjukkan kekasihnya tersebut seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap keterlanjuran mereka.
Teman lelakinya memberitahu wanita itu bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati dirinya mandul.
Saya baru sahaja dapat panggilan daripada doktor dua hari lepas dan doktor memberitahu yang saya tak boleh ada anak.
Saya 100% pasti saya tak boleh buat anak.
Susulan itu, wanita terbabit kini menghadapi tekanan gara-gara teman lelakinya tidak mengaku anak tersebut adalah hasil perbuatan terlarang mereka kerana lelaki itu sudah ada kekasih lain.
Beritahu saya ini bukan satu jenaka, selepas enam bulan dan awak nak kata awak mandul? Tak masuk akal langsung.
Dalam pada itu, lelaki tersebut turut mempersoalkan tentang status anak yang dikandung oleh wanita berkenaan, sama ada anak itu benar-benar anaknya atau dia pernah melakukan hubungan intim bersama lelaki lain.
Betul ke itu anak saya atau anak lelaki lain? Saya nak tahu betul ke tak, awak kena jawab dengan jujur.
Menjengah semula ke laman sosial Twitter, OhBulan! mendapati ciapan wanita berkenaan telah dipadam kerana menurutnya ramai warganet yang tidak memahami mengapa dia mendedahkan perkara tersebut.
Terdahulu ruangan komen wanita itu dipenuhi dengan komen agar dia memadam ciapannya kerana mereka bimbang perkara ini boleh memberi kesan negatif kepada diri serta keluarganya.
Sumber: Twitter