Public Health Malaysia (PHM) tampil menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi gambar anak-anak secara terbuka di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Boleh Kelakar Tanpa Perlu Bersikap Kejam’ – Public Health Malaysia Tegur Sikap Nabil Ahmad

Artikel Berkaitan: Kenapa Ramai Rohingya Datang Ke Malaysia? Public Health Malaysia Kongsi 5 Faktor Utama

Gambar anak

View on Threads

Menerusi satu komen di Threads, PHM berkata bahawa tidak kira apa jua niat seseorang, sebagai individu yang bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya berkongsi gambar kanak-kanak dengan orang yang tidak dikenali.

Jangan.

Walau apa pun niatnya, jangan sesekali berkongsi gambar anak-anak anda dengan orang yang tidak dikenali.

Sebelum ini, tular satu hantaran berkenaan seorang individu yang meminta netizen berkongsi gambar anak-anak mereka kerana suka melihat kanak-kanak yang comel.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai selepas netizen mengatakan tindakan berkongsi gambar anak-anak secara terbuka itu adalah tidak wajar kerana boleh mendatangkan kemudaratan.

Sumber: Threads