Kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh memerlukan pihak polis untuk melakukan siasatan penuh terhadap penduduk sekitar kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Terbaharu, seorang individu tampil berkongsi keadaan yang perlu dihadapi mereka bagi membantu siasatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Rayyan – ‘Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je’
Disoal siasat berkali-kali
Pukul 11 mlm polis ketuk pintu. Pukul 1.30 pagi polis ketuk pintu lagi. First time kene mcm ni. ?
Tanya pegawai sampai bila akan ada proses macam ni. Katanya sampai kes tutup.
Semalam je ada almost 10 kereta polis dekat bawah blok.
— Jom Relax Massage (part time urut) (@JomRelax) December 8, 2023
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, individu yang menggunakan nama @JomRelax mendedahkan pintu kediaman mereka ‘diketuk’ oleh pihak polis berkali-kali pada setiap beberapa jam sejak malam Khamis.
Menurutnya, keadaan yang pertama kali berlaku itu akan berlarutan sehinggalah pihak polis berjaya memberkas suspek yang membunuh Zayn.
Pukul 11 malam polis ketuk pintu, pukul 1.30 pagi polis ketuk pintu lagi. First time kena macam ni.
Tanya pegawai sampai bila akan ada proses macam ni, katanya sampai kes tutup.
Semalam ja ada almost 10 buah kereta polis dekat bawah blok.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang mendoakan agar segala urusan pihak polis untuk memburu suspek dipermudah.
Mereka juga berharap agar penduduk di apartmen tersebut bersabar berdepan dengan situasi tersebut.
Terdahulu, Zayn yang berusia enam tahundilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Kehilangan Zayn itu mula disedari ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan.
Zayn kemudiannya ditemui oleh penduduk kawasan sekitar yang melakukan operasi pencarian di anak sungai berhampiran apartmen tersebut.
Hasil siasatan yang dibuat pihak polis mendapati, anak syurga itu maut akibat dibunuh selepas terdapat kesan luka mempertahankan diri pada tubuh mangsa.