berita

‘Pulangkan Semula, Saya Akan Bayar Awak’ – Kereta Kena Pecah, Aiman Tino Rayu Pencuri Pulangkan Barang

September 8th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri.

Terbaru, menerusi satu posting di Insta Story, Aiman memuat naik kenyataan yang mengatakan keretanya dipecah masuk ketika sedang makan malam bersama pembantu peribadinya.

Kerugian mencecah RM8, 000

Menerusi mStar, kereta Perodua Myvi milik Aiman dipecah masuk oleh penjenayah di kawasan letak kereta di Subang Jaya. Menurut Aiman, kerugian yang ditanggungnya hampir mencecah RM 8, 000 iaitu laptop, gopro, kamera jenis Canon SLR dan beg.

Dalam beg itu pula, ada kad pengenalan dan passport saya juga. Kejadian itu berlaku ketika saya dan Bob sedang makan di sebuah kedai Subang Jaya.

Sebelum ini, Aiman merayu agar individu tersebut memulangkan semula barang yang diambilnya dan berjanji akan merahsiakan identiti penjenayah itu.

Assalamualaikum, kepada yang mengambil barang saya, kalau awak baca story ni, please! Let go barang-barang saya tu pada saya. Saya perlukan. Saya akan bayar awak. Please DM saya secara personal. Saya akan jaga aib awak. Saya janji. Tolong.

Berlaku disebabkan kecuaian saya

Aiman juga turut mengakui insiden yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kecuaiannya sendiri kerana meninggalkan barangan berharga di dalam keretanya.

Sebenarnya, saya tak terfikir pun apa-apa akan berlaku sebab nak berhenti makan sekejap sahaja sebab itu saya hanya bawa duit dan tinggalkan barang-barang dalam kereta.

Saya pula baru sahaja pulang dari Singapura naik cruise. Semua barang-barang itu digunakan untuk merakam segala aktiviti saya di sana dan nak dimuat naik menerusi saluran Youtube saya.

Walau bagaimanapun, kejadian ini telah dilaporkan ke Balai Polis Kg Melayu Subang untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: mStar, Aiman Tino

SKIP THIS AD ×