Foto: Tangkap layar video
Akhir-akhir ini, trend suntikan vitamin C bukan satu perkara yang baru, dalam industri kecantikan. Bahkan, perkhidmatan suntikan ini sudah banyak ditawarkan dan dikomersialkan secara meluas. Menerusi suntikan yang dibuat, ia dipercayai dapat ‘memutihkan’ seseorang itu dengan cepat. Walau bagaimanapun, suntikan vitamin C ini, telah dilarang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia memberikan kesan jangka masa panjang.
Seperti tular satu video di media sosial, memaparkan beberapa individu yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C sebagai alternatif yang pantas bagi mendapatkan tona warna kulit yang lebih cerah. Namun, apa yang menjadi persoalan apabila prosedur suntikan vitamin C itu dibuat di dalam kereta.
Suntikan vitamin C dalam kereta?
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa individu yang mendapatkan rawatan suntikan vitamin C hanya di dalam sebuah kereta bukannya di satu tempat yang khas. Tidak berakhir di situ, perkhidmatan suntikan terus ke rumah juga dipercayai turut disediakan oleh individu ini.
Drip dalam kereta je untuk putih. Tak sayang buah pinggang ke sis?
Apa yang menjadi persoalan adalah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP), semasa suntikan itu dibuat sama ada ia mengikut SOP yang telah ditetapkan atau hanya dilakukan secara semberono demi meraih keuntungan. Bukan itu sahaja, jika dilihat reaksi mereka yang menerima suntikan itu begitu ‘bersahaja’ tanpa merisaukan kesan jangka panjang terhadap suntikan yang diterima.
Boleh diambil tindakan
Foto: Tangkap layar video
Susulan daripada video yang tular itu, seorang doktor dikenali sebagai Ingky, tampil memberikan respon berhubung isu tersebut. Jelasnya, individu yang membuat perkhidmatan suntikan vitamin C kepada individu yang lain boleh dikenakan hukuman penjara.
Kalau siapa-siapa yang cucuk vitamin C untuk orang lain, akan dipenjarakan selama beberapa tahun. Nombor 2, kita tak ada kajian keselamatan, masa jangka panjang kita tak tahu sama ada semasa cucuk vitamin C akan ada side effect yang buruk terhadap badan anda ke tidak. Disebabkan tak ada kajian keselamatan, sebagai doktor saya tidak akan benarkan pesakit saya untuk cucuk vitamin C.
Tambah beliau lagi, suntikan vitamin C ini adalah haram di seluruh dunia, kerana timbul keraguan dari mana datangnya sumber vitamin C itu sendiri. Hal ini demikian kerana, tiada mana-mana kilang yang dibenarkan untuk mengeluarkan vitamin C bagi proses kecantikan.
Katakan taknak, jika kawan anda ajak cucuk vitamin C.
Sumber: Twitter