berita

Punya Sayang Dekat Kucing, Pantang Jumpa Semua Nak Bawa Balik Sampai Ibu ‘Dilema’

April 1st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Tangkap layar video

Menerusi perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Sue Farahanis, di laman TikTok, menceritakan minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh anak sulungnya terhadap kucing. Bahkan, anaknya juga akan cepat ‘tersentuh’ apabila melihat kucing-kucing yang terbiar di tepi jalan.

Artikel Berkaitan: Dah Teruk Kena Cakar Pun Tetap Nak Bela Kucing Lagi…

Terlampau ‘obses’ dan sayang dengan kucing menyebabkan anaknya mudah didekati oleh mana-mana kucing yang datang kepadanya.

‘Kalau boleh semua nak bawak balik’

Tangkap layar video

Jelas wanita ini, anaknya akan meminta untuk membawa pulang setiap kucing yang dijumpai di tepi jalan. Namun, hanya kucing-kucing yang mengalami cedera yang akan dibawa pulang untuk diberi makan dan dirawat.

Kucing kalau tengok Abang Long wajib mai akan manja. Bermula lagi drama air mata mintak nak bawak balik. Kalau diikutkan dah berpuluh ekor kucing dia bawa balik. Tapi yang betul-betul akan bawa balik kalau kucing itu cedera.

Namun, terdapat seekor kucing yang sering menerima ‘kunjungan’ anak-beranak ini menyebabkan anak kecil ini merayu untuk membawa pulang kucing tersebut.

Kucing ni memang dah terbiasa duduk taman, Su selalu bawak makanan bagi. Tempah teduh pun ada pondok depa duduk. Abang Long mula teriak meronta nak juga bawa balik.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila anaknya mula risau apabila kucing tersebut dibiarkan tanpa diberikan makanan. Namun, kanak-kanak tersebut terpaksa ‘dipujuk’ si ayah untuk dibawa pulang.

Terpaksa kena angkat masuk kereta, sebab tidak mahu berpisah. Macam ni la, terlalu obses dengan kucing.

Terlalu obses dengan kucing

@suefarahanisBalas kepada @nuhasarah5 AMINN.. ABG LONG TERLALU OBSES DGN KUCING JALANAN. KALAU BOLEH SEMUA NAK BAWAK BALIK..##pencinta_kucing ##fyp??viral? bunyi asal – SUE FARAHANIS?

@suefarahanisSELALU SU JA AKAN BG MAKANAN. XBOLEH BAWAK ABG LONG.NANTI JADI MACAM NI LA.DIA XBOLEH TERIMA ORG BUANG KUCING MERATA TMPT##pencinta_kucing ##fyp? ##fyp #? nh?c n?n – Chill Uot Lofi

Sumber: Sue Farahanis

SKIP THIS AD ×