Pelakon Puteri Balqis berkongsi momen bertunang bersama pilihan hati yang dipercayai diikat pada 12 Ogos lalu selepas mengumumkan berita gembira itu pada awal bulan.

Artikel Berkaitan: Difitnah Ambil Dadah, Puteri Balqis Pertahankan Maruah Diri & Keluarga – ‘Kami 100% Normal’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Faris Adalah Ayah Tiri, Didi Tunang Saya’ – Puteri Balqis

Nukilan dari ibu tercinta

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Puteri Balqis atau mesra dengan panggilan Aqish berkongsi surat dari ibu tercinta, Noraskhikin Abdul Aziz.

Aku lahir dari duka, kau dewasa bersama luka, maka andai derita menjadi pusaka, maka tenanglah, pabila kau berjalan bersama kecewa.

Andai cinta dan pengorbanan adalah wasiat terakhir buatmu, maka berlarilah mengejarnya. Belajarlah dari beban yang ditinggalkan oleh rantai waktu.

Selain itu, Noraskhikin turut menitipkan pesanan buat anak tunggalnya agar kuat menempuhi segala jenis ujian hidup.

Moga kau mampu menggantikan kesedihan dengan kelembutan, moga jiwamu yang mati, diganti dengan keadilan, ketenangan abadi.

Moga setiap tangisan, raunganmu di sepertiga malam diganti dengan cinta paling dalam.

Moga setiap luluh langkah bersaksi hanya langit dan bulan merah.

Setiap jatuh, gugur tubuhmu berpaksi hanya bumi, diganti dengan sahabat sejati sebagi teman penghuni.

Imbas kembali, Aqish pernah tampil menjelaskan status dua jejaka yang kerap dilihat bersamanya, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.

Menurut Puteri Balqis, lelaki yang dikenali sebagai Faris, 25, merupakan ayah tirinya manakala seorang lagi iaitu Didi adalah tunangnya.

Jelasnya lagi, ibunya mengalami gangguan kesihatan mental yang sangat teruk namun dia beruntung keluarga Didi memahami dengan situasi tersebut.

Sumber: TiKTok @puteribalqisashikin