Bapa tiri kepada aktres, Puteri Balqis iaitu Faris memaklumkan bahawa anak tirinya itu telah membuat laporan polis berhubung dakwaan gangguan seksual oleh seorang pelakon lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Mohon Maaf Terlalu Beremosi, Pihak Produksi Jalankan Siasatan – ‘Terima Kasih Mendengar Suara Saya’

Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’

Puteri Balqis buat laporan polis

Menurut Faris, Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish telah menyerahkan bukti berkaitan kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki sengaja bergesel dengannya ketika menjayakan babak lakonan.

Perkara itu dikongsikan Faris menerusi satu kenyataan di Instagram Story.

Ya, Puteri sudah membuat laporan polis dan menyerahkan bukti berkaitan.

Malah, pihaknya juga bersedia memberikan segala kerjasama yang diperlukan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mereka kini masih menunggu hasil siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

Dia juga memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis serta menyediakan segala bukti yang diminta.

Buat masa ini, kami sedang menunggu hasil siasatan. Kami sentiasa berada di belakang Puteri.

Kenyataannya juga tidak pernah berubah sejak awal lagi.

Terdahulu, Puteri Balqis yang pernah bergandingan dengan seorang pelakon dalam sebuah drama mendakwa aktor itu bertindak tidak sopan terhadapnya selain didakwa cuba mengambil kesempatan.

Dakwaan tersebut kemudian mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet selain mendapat perhatian beberapa rakan artis.

Susulan kontroversi berkenaan, kedua-dua pihak dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang serta membuat laporan polis bagi mempertahankan diri masing-masing.

Sumber: Instagram