berita

Puteri Balqis Terpaksa Makan Ubat Atasi Trauma, Akui Masih Teringat ‘Kenangan’ Lalu

October 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz disahkan menghadapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD) berikutan kehidupan masa silam.

Artikel berkaitan: Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD?

Artikel berkaitan: ‘Puteri Balqis Yang Mahu Kongsi Kisah Hidupnya, Dia Tak Tahan Pendam Perasaan’ – Youtuber

Artikel berkaitan: Ditegur Tak Baik Buka Aib Ayah Secara ‘Public’, Netizen Sedih Dengar Kisah Puteri Balqis

Artikel berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?

Terbaru, Balqis dilihat memuat naik foto ubatnya selepas berjumpa pakar psikiatri.

Gembira kurang daripada 8 jam

Menurut Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish, 15, dia telah berjumpa dengan pakar psikiatri baru-baru ini. Berikutan daripada perjumpaan tersebut, dia telah menerima ubat untuk menenangkan diri. Jelas Aqish, ubat itu hanya mampu membuatkannya gembira hanya kurang dari 8 jam sahaja. Selepas itu, semuanya menjadi kabur dan hatinya menjadi kosong semula.

Saya telah kehilangan diri saya. Saya masih cuba untuk bertahan dan tidak mengimbas kembali masa silam. Namun saya masih bangun dalam keadaan yang bergetar. Kenangan itu akan kekal.

Menerusi kapsyen Aqish, pelakon drama ‘Rampas Cintaku’ ini memberitahu dia tidak boleh melupakan masa silamnya. Bahkan, dia masih berasa gementar di saat terjaga daripada tidur.

Tambah Balqis, harga ubat bagi mereka yang mengalami tekanan adalah sangat mahal. Jelasnya, harga sekotak ubat boleh mencecah RM160 sebelum mendapat diskaun. Perkara itu ternyata membuatkan dirinya tertekan tatkala memikirkan soal wang.

Terdahulu, Balqis membuat pendedahan yang sangat luar ‘biasa’ mengenai ayah kandungnya. Balqis mendakwa ayahnya gemar menonton filem lucah, malah pernah melakukan perbuatan onani di hadapannya dan ibu tatkala berada di rumah mahupun ketika mereka berada di dalam kereta. Berikutan daripada itu, Balqis dan ibunya dikatakan menjadi trauma dan memulakan hidup baru.

Sumber: Puteri Balqis

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×