Umum mengetahui, pelakon, Puteri Balqis membuat pendedahan yang sangat luar ‘biasa’ mengenai ayah kandungnya ketika ditemubual oleh ‘Bros Gang TV’ baru-baru ini. Dakwa Puteri Balqis, dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandung sendiri.
Artikel berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?
Berikutan daripada pengakuan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka Puteri Balqis pernah melalui detik ‘hitam’ seperti itu tatkala usianya masih kecil.
Dashyatnya penderaan mental yang dilalui Aqish
Menurut netizen, dugaan yang terpaksa dilalui oleh Puteri Balqis dan ibunya sungguh luar biasa. Tambah netizen, mereka baru tahu apa yang bermain di fikiran dan hati pelakon itu.
Selama ini kita tak tahu apa yang dia pendam sampai macam tu sekali. Akhirnya, dia luah. Stay strong Aqish!
Sedih betul perjalanan hidup Aqish. Jika memang benar apa yang dikata, betapa dashyatnya penderaan mental yang dilalui Aqish. Allahuakbar. Moga lelaki itu dihukum dan moga mental Aqish kuat dan sembuh dari memori gelap itu.
Nampak betapa sakitnya Aqish pendam. Ni kira dah sampai tahap dia terpaksa luahkan. Hebat dugaan ibu dan anak ini.
Meskipun pernah dihina, dicaci dan dikeji oleh masyarakat, netizen akhirnya tersentuh dan menitiskan air mata kerana mendengar pengakuan yang sungguh luar biasa itu. Mana taknya, anak kecil yang berusia lima tahun disuruh melihat pornografi bersama ayah sendiri serta diraba ketika di dalam bilik. Lebih teruk, melihat ayah melakukan onani di hadapan muka sendiri.
Ujar netizen, mereka berharap Balqis kuat dan dapat melupakan kisah silam hidupnya. Jelas netizen, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap ayah Balqis agar dijadikan pengajaran buat semua kaum lelaki di luar sana terutama mereka yang bergelar ‘ayah’.
Tolong jaga aib ayah
Walaupun rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang perlu dihadapi oleh Balqis, ada juga segelintir warganet memberi teguran buat remaja ini agar jangan membuka aib kedua ibu bapanya kepada khalayak ramai.
Sumber: Facebook