berita

‘Puteri Norlisa Alami Tekanan & Kesusahan Untuk Pulih Daripada Penyakit Kanser Darah’

July 11th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selepas satu, lagi satu musibah melanda keluarga bekas Perdana Menteri, Najib Razak apabila dia ditahan baru-baru ini berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Lebih malang lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini membekukan akaun anak Najib iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa bagi melakukan siasatan terhadap penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam skandal tersebut.

Berhubung isu itu, baca luahan salah seorang anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin mengenai situasi mereka sekarang lebih-lebih lagi keadaan kakaknya Puteri Norlisa yang menghidap kanser sejak tiga bulan lalu.

Berada dalam keadaa tertekan, hadapi masalah membayar bil hospital

Foto kredit: Utusan Online

Puteri Norlisa, 37 tahun merupakan pesakit kanser tahap empat, kini berada dalam keadaan tertekan kerana akaun miliknya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata kakaknya mengalami kesukaran membayar bil hospital bagi menjalani rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

Tambah anak lelaki bekas Perdana Menteri Malaysia itu, dia berharap supaya Pakatan Harapan agar lebih prihatin dengan nasib kakaknya yang mengalami penyakit kronik itu.

Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser. Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku.

Kos rawatan ratusan ribu ringgit

Mohd. Nazifuffin turut berkata, sejak melakukan rawatan kimoterapi, tahap kesihatan Puteri Norlisa menunjukkan prestasi yang baik dan menyebabkan tahap kanser yang dihadapinya menurun.

Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri.

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×