Pelakon, Puteri Sarah Liyana memberitahu dia masih berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Syamsul Yusof.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Minta Duit Kenapa Tak Minta Nak Berbincang’ – Syamsul Dedah Kenapa Block Puteri Sarah, Mohon Tutup Aib Rumah Tangga
Artikel berkaitan: Muat Naik Foto Syamsul & Kapsyen Sweet, Ira Kazar Buka IG Baru?
Artikel berkaitan: ‘Dah Keluar Gua, Tapi Play Victim Pula’ – Puteri Sarah
Hampir menemui noktah
Menurut Sarah, mahligai perkahwinannya dengan Syamsul hampir menemui titik noktah meskipun suaminya menyatakan hasrat untuk berdamai semula. Berbicara mengenai kenyataan Syamsul semalam, Sarah mengaku segala persoalan sudah dijawab.
Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian. Semua dah dijawab.
Terdahulu, Syamsul berkata, dia sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.
Sumber: Harian Metro