berita

[VIDEO] ‘Masa Minta Duit Kenapa Tak Minta Nak Berbincang’ – Syamsul Dedah Kenapa Block Puteri Sarah, Mohon Tutup Aib Rumah Tangga

January 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Nampaknya, kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana masih tidak menemui titik noktah. Jika sebelum ini, Puteri Sarah memohon agar Syamsul menceraikan dirinya kerana dia enggan bermadu dengan Ira Kazar.

Artikel berkaitan: ‘Saya Minta Mohd Syamsul Lepaskan Saya Kerana Tidak Rela Dimadu’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: ‘Malunya Syaikhul & Sumayyah Dapat Ayah Macam Ini’ – Puteri Sarah Liyana

Terbaru, Syamsul dilihat tampil memberi kenyataan balas berhubung video yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di akaun Instagramnya.

Terlalu banyak benda nak cerita

Assalamualaikum. Ya Allah Ya Tuhanku. Isteri saya Puteri Sarah dan isteri kedua saya Ira Kazar. Seperti posting saya kata tadi, harap kedua-dua isteri saya bersabar. Abang tak nak share benda ini semua dekat media sosial. Tapi isteri saya yang teruskan Ya Allah. Terlalu banyak benda nak diceritakan daripada pihak abang.

Anda semua tak boleh percaya macam itu sahaja. Ini urusan rumah tangga. Saya tak suka kongsi. Saya terpaksa buat video ni, kalau tak tahu jangan bersuara hal rumah tangga orang. Dosa kering saja. Saya cakap ni bukan nak kata Sarah atau apa. Bila benda ni nak habis. Makin teruk kata-kata fitnah masyarakat.

Menurut Syamsul, dia terpanggil melakukan video kali ini kerana ingin menjelaskan apa yang berlaku susulan kenyataan Puteri Sarah sebelum ini. Kata Syamsul, 38, dia mengajak Puteri Sarah untuk berbincang kerana selama ini mereka hanya berkomunikasi melalui ibunya, Datin Fatimah Ismail, ibu Sarah, orang gaji serta adiknya.

Berbalik kepada block dia. Orang kata macam-macam dekat saya. Kenapa saya tak bawa berbincang. Lihat balik video saya sebelum ni. Saya ajak awak berbincang. Jangan libatkan orang lain. Ni awak minta nak berpisah pula. Balik kita berbincang. Selama ni kita berkomunikasi melalui mak awak, mak saya dan orang gaji. Dua orang gaji awak nak saya bagi. Baru tadi kita komunikasi. Awak nak duit, saya bagi. Saya cari rezeki untuk awak dan anak. Kenapa saya block? Saya tak nak cakap sebab nanti nampak saya salahkan isteri.

Sekali lagi saya bagitahu bagi mengelakkan fitnah yang mengatakan Syamsul jahat dan syaitan. It’s okay orang kutuk saya. Sikit saya beritahu kenapa saya block Sarah. Saya tak suka bergaduh pung pang. Macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak. Kerana setiap kali awak akan maki hamun saya. Saya rasa ini memudaratkan dan saya block. Saya tak nak makin keruh. Tetapi saya tak pernah hiraukan awak.

Kenapa tak minta nak berbincang?

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof turut berpesan kepada Puteri Sarah agar berhenti berkongsi aib rumah tangga kepada masyarakat.

Buat netizen pula, Syamsul berharap mereka tidak bercakap buruk mengenai Sarah dan Ira di media sosial. Sebagai suami, Syamsul  sanggup menerima kutukan dan hinaan daripada masyarakat. Akhir kata, Syamsul meminta netizen untuk berhenti bercakap perkara tidak elok mengenai ibu bapanya.

Saya boleh cerita aib awak juga. Saya tak mahu kongsi dan saya telan semuanya. Keadaan makin teruk dan sebab tu saya cerita. Dia tahu saya ambil anak di rumah. Tadi masa minta duit kenapa tak minta nak berbincang dengan saya. Tak perlu minta simpati dekat netizen. Nak berpisah ka apa ka balik rumah. Awak boleh repost orang yang menghina suami awak. Saya faham perasaan awak. Saya tahu. Lepas ni dia akan buat video pula. Bila nak habis. Balik kita berbincang. Cukuplah netizen dah kutuk Syamsul. Saya tak sempurna dan saya cuba untuk baiki. Kita bincang saya whatsapp awak.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sumber: Syamsul Yusof

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×