Pelakon Puteri Sarah berharap netizen tidak mengambil serius berhubung sepotong video memaparkan dirinya yang melakonkan semula gelagat para ibu menyeludup makanan ketika di hotel.
Artikel Berkaitan: POV Puteri Sarah ‘Seludup’ Makanan Hotel Masuk Dalam Beg
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Jawab Kenapa Yusof Haslam, Patimah ‘Teman’ ABPBH35
Hanya parodi
Menerusi hantaran di Instagram Story, Sarah berkata video berkenaan sekadar parodi dan dikongsikan dengan niat bergurau sahaja.
Justeru, Sarah berharap gurauannya tidak dipandang serius sehingga mengganggu emosi.
Video parodi saya viral sejak kelmarin. Ada yang terhibur, ada juga yang mengambil serius, sampai rasanya mengganggu kehidupan anda.
Yang terhibur, Alhamdulillah. Yang sampai mental serius sangat dengan video itu terutama acik-acik FB dan media sosial lain.
Orang pun tahu ini hanya parodi sahaja. Semoga yang tersakiti, saya doakan hidup anda semua dipermudahkan dan diberkati Allah.
Dalam pada itu, Sarah berharap agar netizen lebih bersikap terbuka dan santai menonton konten yang disajikan dalam media sosialnya.
Saya cadangkan untuk lebih santai sikit, jangan terlalu membenci dan emosi nanti cepat tua.
Terdahulu, Sarah memuat naik sepotong video di Instagram dengan menunjukkan cara para ibu membungkus makanan di hotel tatkala anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan tersebut.
Menerusi video berkenaan, Sarah dilihat menggunakan tisu untuk membalut ‘sosej’ dan kentang goreng yang diambil sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam beg.
Sumber: Instagram