Status rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih menjadi tanda tanya selepas bergolak didakwa gara-gara kehadiran penyondol.
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Kerumun’ Ruang Komen Foto ‘Hamil’, Puteri Sarah Liyana Mengaku Hati Tengah Bahagia
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Akan Menarik Balik Dakwaan & Akan Teruskan Perbicaraan’ – Puteri Sarah
Dua dua toksik
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG), Puteri Sarah dilihat menyindir Syamsul dan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.
Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik.
Dalam hantaran berbeza, aktres berumur 37 tahun ini memperincikan lagi kemelut rumah tangga dengan mendedahkan kejadian itu berlaku sehari sebelum dia melahirkan anak kedua, Sumayyah.
Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia.
Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.
Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit.
Dah kahwin?
Selain itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi tangkapan skrin mesej yang diterima daripada pengikutnya.
Dakwa indvidu yang dikenali dengan @juliairis78, Syamsul dan Ira sudah berkahwin.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana