Pelakon Puteri Sarah Liyana akan tetap ‘berlawan’ dengan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: ‘Langgar Perintah Injuksi Interim, Keluarga Ira Kazar Terima Notis Peguam’ – Puteri Sarah
Rasa dilindungi
Menurut Puteri Sarah, dia menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik saman terhadap Ira Kazar selaku defendan.
Kata aktres berumur 37 tahun ini, pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah menetapkan tarikh perbicaraan kes saman pada 25, 28 dan 29 Ogos tahun hadapan.
Apa yang pasti, saya tidak akan menarik balik dakwaan dan saya akan teruskan sehingga perbicaraan. Memang proses ini lambat sebab makamah sibuk sekrang, tapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan pada Ogos tahun depan.
Walaupun perbicaraan pada Ogos, perintah ijuksi interim tetap berjalan. Kalau ada orang langgar saja perintah itu, memang kena. Alhamdulillah, saya rasa dilindungi.
Syukur negara kita ada undang-undang sebab kalau tidak mungkin saya berterusan dilanyak. Jadi, biarpun perbicaraan lambat, saya okey saja. Saya boleh terus kehidupan saya macam biasa sebab saya tak bersalah.
Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sudah makin matang
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu kehidupannya makin tenang dan bahagia dengan limpahan rezeki kerja di samping anak-anak yang setia di sisi.
Kalau dua tahun lepas awak tanya saya, memang saya akan sibukkan diri supaya tidak berfikir mengenai masalah ini. Tapi sekarang ini, saya sudah matang dan syukur rezeki makin murah.
Saya pun tak mahu tolak ‘job’ kerana lakonan adalah jiwa saya. Dalam sama sama, ada banyak juga tawaran ‘review’ produk. Bila tidak bekerja, saya akan meluangkan masa dengan anak-anak. Itu adalah kebahagiaan saya sekarang ini.
Dan kalau orang tanya adakah kebahagiaan saya berkaitan dengan suami, yang itu kita tengok macam mana nanti. Tapi buat masa sekarang, saya gembira dengan kehidupan saya.
Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana