Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak menolak kemungkinan akan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya pengarah sensasi Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: ‘Derita Hati Yang Dilalui Bukan Sehari Dua Tapi Bertahun’ – Patimah Ismail
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Raut Wajah Syamsul Yusof, Netizen Nampak Masih Ada Cinta Untuk Puteri Sarah
Puteri Sarah akan failkan nusyuz?
Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, langkah tersebut sememangnya boleh dilakukan oleh pihak si isteri namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.
Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang.
Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas ke atau nusyuz pihak sana pula.
Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami). Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
Pada 21 Mac, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah. Kemudian pada 22 Mac, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah. Pada 6 April, Puteri Sarah tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadapnya.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah. Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Sumber: Kosmo