Pelakon Puteri Sarah menganggap kisah rumah tangga bersama bekas suami, Syamsul Yusof yang digunakan sebagai kandungan komedi untuk program Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang disertainya tidak berlebihan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Bapa Menangis Terharu Terima Kereta Daripada Puteri Sarah – ‘Dari Tahun Lalu Saya Bekerja Keras Simpan Duit’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datin Patimah Syukur Syamsul Kerap Ke Rumah – ‘Dia Suruh Masak, Mungkin Rindu Sebab Lama Tak Pulang’
‘Tak berlebihan’
Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, percaya penonton juga memahami lawak yang dipersembahkan sekadar jenaka semata-mata.
Selalunya, kami (kumpulan Gebu) akan berlatih dan rasanya tak keterlaluan sangat, cuma sikit-sikit saja. Tak adalah berlebih-lebihan sangat. Saya okay saja sebab tak berlebihan dan orang pun ketawa.
Orang pun tahu, itu buat lawak saja. Produksi ada berikan beberapa had dan batasan, tetapi yang ini okay saja.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran produk makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon di sekitar ibu kota, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Sarah memberitahu, ibu mentuanya Datin Patimah Ismail yang hadir menyaksikan persembahannya juga terhibur.
Dia pun ketawa juga dan dia datang ketika minggu pertama. Dia terhibur dan saya pun dah maklumkan kepada dia.
Malah, rakan sekumpulan saya iaitu Mamak Puteh dan Ilham Abata pun cakap ‘sorry’ dan dia pun cakap okay, tak apa sebab dia pun terhibur juga.
Imbas kembali, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5. Namun, mereka disahkan bercerai pada 14 Jun 2023.