Gara-gara berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya, Mizan Ashley yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Maria Farida, penyanyi Nourul Depp mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Tak Ikut Sekali Ke Bali, Nourul Depp & Keluarga Jalani Kuarantin Di Jakarta
Lelaki yang baik
Menerusi hantaran bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-25, Nourul menyifatkan Mizan seorang lelaki yang baik, jujur dan menjadi diri sendiri.
Kata Nourul, 45, dia bersyukur dapat berkenalan dengan Mizan yang boleh diharapkan untuk menjaga anak sulungnya itu.
Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya.
Apa yang lagi menarik apabila Maria Farida, 53, turut meninggalkan komen dengan mengatakan anak lelakinya itu bahagia dikurniakan seorang wanita yang menyenangkan hati.
Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik.
Serah pada Allah
Di ruangan komen, rata-rata pengikut bertanya sama ada Mizan bakal menjadi menantunya.
Jawab pemilik nama lengkap Noorulhuda Abdul Wahab, dia menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama memohon agar orang ramai mendoakan yang baik sahaja.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang menyarankan Ayu untuk menukar imej diri menjadi wanita feminin.
@shasha_arrayyan: Wah dah ada pakwe (teman lelaki). Ayu kena tukar imej ni. Kena ayu-ayu sikit.
@nouruldepp: @shasha_arrayyan Terima kasih kerana berkongsi.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23.
Kemudian, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella 3.
Sumber: Instagram @nouruldepp