

Pelakon, Putra Amaris meluahkan rasa syukur apabila dapat mengadakan satu majlis amal yang diberi nama Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025.
Artikel Berkaitan: Putra Amaris Syukur Dapat Dua Kereta MPV Untuk Anak-Anak Tahfiz
Sumbangan buat anak tahfiz & pesakit kanser

Ketika ditemui OhBulan!, Amaris yang dahulunya dikenali sebagai Amran Ismail berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengutip sumbang untuk diberikan kepada anak tahfiz dan pesakit kanser.
Sasaran kutipan itu memang ada, tapi berapa pun yang akan diterima kami menerima secara terbuka.
Walaupun seringgit ia sangat bermakna untuk anak-anak ini.
Selain anak-anak tahfiz, sasaran kami juga akan membantu anak-anak sakit kanser bawah pantauan kami. Mereka perlukan susu, pampers dan banyak lagi.
Kesemua dana untuk anak-anak ini akan disalurkan seratus peratus akan disalurkan kepada pihak tahfiz.
Amaris berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025 bertempat di Warung Pagi Pagi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Syukur dapat ringankan beban

Bercerita lanjut, Amaris turut berbesar hati kerana dengan adanya program yang dianjurkan ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah kalau anda semua perasaan tahun lepas, kami semua membantu pihak asnaf dan sahur bersama anak tahfiz dan rumah orang tua-tua yang memerlukan.
Manakala untuk tahun ini kami akan kumpulkan 100 orang anak tahfiz dari empat buah rumah dan 50 anak-anak pesakit kanser dan saya harap lebih ramai yang akan terlibat untuk mereka ini.
Bukan itu sahaja, kami juga menganjurkan program Kembara Sahur di mana kami akan sampaikan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada keluarga-keluarga yang telah dikenalpasti amat memerlukan.
Memang kesusahan atau kesukaran hidup itu cabaran buat mereka, tetapi sebenarnya itu juga ujian buat kita semua.
Bagi program yang berlangsung itu, kesemua sumbangan yang dikumpul seratus peratus akan diserahkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Keramat.
Manakala satu lagi program sama akan dianjurkan pada Sabtu ini bertempat di Saloma Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang berkeinginan untuk menyalurkan sumbang dan berinfaq, anda boleh menghulurkan sumbangan ke akaun CIMB: 8602008531 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)