
Pempengaruh media sosial, Abdul Qawiy berkongsi pandangan mengenai kesan menonton pornografi yang boleh mengakibatkan hilang hafalan seseorang.
Artikel Berkaitan: Tidak Benar & Fitnah! Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lebih Baik Dipaksa Masuk Syurga Daripada Ikhlas Masuk Neraka’ – Qawiy
Tengok porno
Menerusi sesi podcast Sembang Seram, Qawiy berkata, perkara itu terbukti seperti mana peristiwa yang terjadi kepada ulama Islam terkenal, Imam Syafie.
Pertama, menonton pornografi semestinya haram. Kedua, kesannya memang akan hilangkan hafalan kita.
Saya mahu berkongsi kisah Imam Syafie. Beliau sangat hebat kerana mampu menghafal apa sahaja yang dibaca dengan mudah.
Kalau buka kitab, dia baca automatik akan hafal. Namun ada satu hari, dia merasakan seperti susah nak menghafal, agak perlahan dan tidak seperti selalu. Lalu, dia bertanya kepada gurunya dan gurunya awab, tinggalkan maksiat.
Berkongsi lanjut mengenai peristiwa itu, Qawiy berkata, Imam Syafie secara tidak sengaja terpandang betis isteri gurunya.
Tapi pelik, kerana Imam Syafie berkata dia tidak pernah buat maksiat, rupa-rupanya ada satu hari Imam Syafie ternampak betis isteri ustaznya.
Isteri ustaznya lalu di hadapan Imam Syafie, kemudian ada angin kuat dan ternampak sedikit betisnya.. Imam Syafie dah alihkan pandangan, namun tetap menjadi kesan kepada hafalannya.
Justeru, Qawiy menasihati orang ramai supaya meninggalkan hobi gemar menonton video tidak senonoh kerana perbuatan itu menyukarkan seseorang untuk memperoleh ilmu.
Sebab apa perlu tinggalkan maksiat? Kerana sesungguhnya ilmu adalah cahaya. Cahaya tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.
Bayangkan kita yang suka tengok pornografi suka-suka. Jadi nasihat saya perlu jaga tiga perkara iaitu apa yang kita lihat, kita dengar dan kita cakap. Itu semua mempengaruhi hati.
Sumber: TikTok Sembang Seram