berita

QSR Brands Jalin Kerjasama dengan USM-Taja Pembelajaran Sepanjang Hayat

November 23rd, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Menyedari hakikat pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat, QSR Brands telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai usaha memupuk semangat pembelajaran berterusan dalam kalangan pekerja.

Menerusi pelaksanaan kursus ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) Strategi dan Pengurusan Organisasi dengan minor dalam teknologi makanan.

Ia juga dilaksanakan secara micro-credentials dan kurikulum program ini direka bentuk dengan modul yang berdiri sendiri bagi memberi fleksibiliti kepada pekerja QSR Brands berdasarkan skop kerja dalam syarikat.

Seramai 20 pelajar akan ditaja setiap tahun

Menerusi Memorandum Perjanjian (MOA) dimeterai, QSR Brands menaja sehingga 20 pelajar setiap tahun selama lima tahun mulai 2023, sekali gus memperkasa 100 pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan kehidupan mereka.

Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Sharifah Musainah Syed Alwi berkata, penawaran program ini bertujuan memberi peluang kepada pekerja untuk memajukan diri dalam pembelajaran.

Beliau memberitahu program ini bersesuaian dengan visi syarikat untuk terus berkembang dan menjadi syarikat teknologi makanan terkemuka Asean.

“Kebanyakan peserta yang mengikuti program ini adalah mereka yang berkhidmat untuk QSR Brands lebih daripada 10 tahun,” tambahnya.

Jadi kebanyakan mereka bermula pada usia muda dengan kebanyakan mereka hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil kemahiran walaupun sesetengah daripadanya menjawat jawatan tinggi.

Buat pertama kalinya program seumpamanya dilaksanakan di Malaysia! 

Program ini merupakan program pertama seumpamanya dilaksanakan di Malaysia dan dipilih kerana micro-credentials dikatakan lebih bersesuaian dengan persekitaran QSR Brands.

Menurut Sharifah Musainah, “Peserta adalah pekerja spenuh masa dan menerusi program ini mereka lebih fleksibel untuk ikuti pembelajaran atau subjek diambil setiap semester.

“Oleh itu, dengan program ini mereka berupaya menyambung pembelajaran dan dalam masa sama melaksana tanggungjawab sebagai pekerja,” katanya.

Antara subjek diambil termasuk Pengantar Pengurusan, Keusahawanan, Pengurusan Strategik, Mikroekonomi, Pengenalan Data Analitik dan lain lain.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM Prof Dr Noor Hazlina Ahmad turut berkata, “Program micro-credentials yang dilaksanakan di bawah program kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan, Pusat Pengajian Teknologi Industri dan pusat pengajian lain di USM bersama QSR Brands mampu memperkasa pekerja secara berterusan untuk belajar.”

Selain dikatakan lebih fleksibel, program ini dijalankan secara berperingkat supaya ia boleh dikuasai serta diikuti oleh warga kerja.

“Kami faham, mereka bukan pelajar sepenuh masa, sebaliknya bekerja sambil belajar. Oleh itu, menerusi program ini tiada tempoh ditetapkan untuk mereka menyelesaikan program ini,” tambah Hazlina.

Sementara itu, Ketua KFC Brunei Siti Hamizah Hassan berkata, sebagai seseorang yang berada di peringkat pengurusan tertinggi, baginya mempunyai kelayakan tinggi adalah satu keperluan.

Beliau meluahkan pada masa dahulu, beliau hanya mempunyai diploma namun setelah ditawarkan untuk mengikuti program, beliau terus setuju dan tidak melepaskan peluang keemasan itu.

SKIP THIS AD ×