berita

Raba Penumpang Tidur Dalam Pesawat, Lelaki Dipenjara 21 Bulan

October 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Selepas dua tahun, seorang lelaki warga Amerika Syarikat telah dipenjara selepas didakwa meraba penumpang yang sedang tidur di dalam pesawat.

Artikel Berkaitan: 20 Pelajar Bawah Umur Didakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Mengaji, Diraba & Disuruh Ramas Kemaluan

Artikel Berkaitan: ‘Dia Ramas Payudara, Seluk Dalam S*luar & Minta Hisap Kemaluan’ – Gadis Trauma Dating Dengan Lelaki Jijik

Letak tangan pada paha

Menerusi laporan The Sun Daily, suspek, Mohammad Jawad Ansari, 50, telah meletakkan tangannya pada paha bahagian dalam seorang wanita ketika dia tidur di tempat duduk tengah penerbangan dari Cleveland ke Los Angeles pada Februari 2020.

Menurut pegawai polis, mangsa terjaga ketika kejadian dan terus menolak tangan suspek. Berikutan daripada itu, mangsa memberitahu kepada kru kabin tentang serangan itu.

Menurut Jabatan Kehakiman, walaupun Ansari telah menafikan tuduhan melakukan serangan seksual sebelum ini, dia tetap didapati bersalah selepas perbicaraan selama empat hari pada Mei lalu.

Tambahnya, Ansari meraba-raba bahagian kiri mangsa sehingga menyebabkan mangsa terkejut dan berada dalam ketakutan.

Selain itu, saksi yang hadir untuk memberikan keterangan turut mendedahkan mangsa menangis teresak-esak sepanjang tempoh perjalanan akibat trauma.

Dalam penerbangan, mangsa tak boleh tidur kerana dia sentiasa bimbang jika seseorang menyentuhnya lagi.

Disebabkan kejadian tersebut, Hakim Daerah AS Fernando Aenlle-Rocha memenjarakan Ansari selama 21 bulan dan memerintahkannya membayar lebih $40,000 (RM188,540)

Sumber: The Sun Daily

SKIP THIS AD ×