berita

20 Pelajar Bawah Umur Didakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Mengaji, Diraba & Disuruh Ramas Kemaluan

September 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

gangguan seksual

Gambar sekadar hiasan

Beberapa orang penduduk kampung mendakwa seorang guru Al-Quran telah melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya.

Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis

Artikel Berkaitan: Gadis Bawah Umur Dirogol 11 Orang Sehingga Rahim Mengalami Jangkitan

Mangsa trauma

Rogol pelajar

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Detik.com, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah kampung di Kecamatan Tanjung, Kabupaten Brebes di Indonesia.

Ketua kampung, Ahmad Mubarok mengesahkan aduan penduduk tersebut dengan mengesyaki seorang guru mengaji berusia 52 tahun sebagai suspek.

Penduduk datang ke pejabat kerana ada pengakuan pelajar yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Suspek yang didakwa telah memberi kerjasama dan mengakui perbuatannya di hadapan ibu bapa mangsa.

Susulan itu, Perkhidmatan Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Kanak-Kanak dan Perancang Keluarga Brebes telah ke salah sebuah rumah mangsa untuk melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, jumlah mangsa adalah seramai 20 orang kanak-kanak. Bagaimanapun, hanya 17 orang kanak-kanak mengaku menjadi mangsa guru berkenaan.

Ketua Bahagian Pemerkasaan Wanita, Perlindungan dan Perancang Keluarga Kanak-Kanak Brebes, Fathurohmah menjelaskan bahawa mangsa masih dalam keadaan trauma dan hanya berdiam diri ketika disoal siasat.

Kami melakukan pemeriksaan di rumah mangsa dan ketika disoal siasat, mereka mengaku semua kejadian yang mereka alami.

Berdasarkan kenyataan mangsa, suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu semasa mereka sedang belajar dan suspek turut didakwa meraba bahagian sensitif mangsa.

Mangsa semua mengaku pernah mengalami gangguan seksual. Bermula dari disentuh hingga disuruh meramas kemaluan guru mereka.

Sementara itu, Faturohkmah menegaskan bahawa pihaknya akan memberikan bantuan kepada mangsa sepanjang proses undang-undang berlangsung setelah ibu bapa mereka bersetuju untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×