
Anggota kumpulan OAG, Radhi mengakui lebih mengutamakan konsep sakinah mawaddah dalam hubungan seterusnya memandangkan sudah melalui fasa penceraian sebanyak dua kali.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Radhi OAG Enggan Bayar RM300,000, Anggap Rasuah Bekas Isteri – ‘Saya Juga Ingin Bersuara’
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Kau Cantik?’- Tak Nak Selfie Dengan Bekas Isteri Punca Radhi OAG Berang
Sedang mengenali hati budi

Ketika ditemui OhBulan!, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 49, berkata dia sudah lama mengenali hati budi wanita tersebut namun masih belum membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Mengenali (wanita) itu, setiap hari ada sahaja. Saya tak nak huraikan terperinci, tetapi si dia itu ada.
Terpulang kepada saya yang mana satu saya pilih, insya-Allah, doakan.
Dah kenal lama dah cuma tak ada rasa tekanan. Yang penting kita nak dapatkan sakinah tu dulu lah.
Kalau tiada ada sakinah (ketenangan), bagi saya no point juga sebab ini perkahwinan ketiga.
Radhi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026 OAG, The Times & Fugo dan Midnight Fusic di Odeon, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas lanjut, Radhi berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan memandangkan perlu mempertimbangkan pelbagai aspek.
Si dia pun berhati-hati, saya pun berhati-hati sebab semua (wanita) yang saya kenal ini sama juga untuk tengok dari segi boleh ke terima anak-anak saya dan anak-anak saya pun boleh juga ke terima?
Benda-benda macam ini kasihan juga dekat mereka (wanita).
Sebab kena fikir betul-betul dulu kalau nak kahwin dengan saya. Saya pun kena fikir juga boleh ke saya ‘handle’ (perkahwinan) kali ketiga ini.
Sebab itu saya pentingkan kena dapat ‘sakinah’ dalam perhubungan dulu. Maksudnya hubungan tidak ada tekanan dan si dia memang boleh terima anak-anak saya.
Radhi turut berkongsi wanita yang sedang dikenali rapat itu juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga selain disayangi oleh arwah ibunya.
Terdahulu, Radhi pernah bernikah dengan isteri pertama, Shazlin Sharif pada 2005 dan bercerai pada 2010. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim, 20.
Pada 14 April 2014, Radhi berkahwin kali kedua dengan Nur Shahira Ayu Zahiri, namun mereka bercerai pada Julai 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Aishah, 12, dan Muhammad, 10.








